// Behing the blog have song ♥
Nurul Shafika


I WOULD LOVE IF YOU FOLLOW ME ♥

Back to entry
Meet the owner
Memory Of Life


Family Love




Credits

Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® Facebook Twitter 2012.


Older Posts → | ← Newer Posts
Andai Air Mata Itu ...
Thursday 24 November 2011 , 00:42 , 0 Comment[s]

"The more a Muslim thinks of death ,the better he acts in life"

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pimpinannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

Rasulullah S.A.W telah bersabda :

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya"

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti & sangat beratlah timbangan kejahatannya & telah diperintahkan untuk di masukkan ke dalam api neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata :
"Wahai Tuhanku ,Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda,sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T,maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka & sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu"

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu & menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T.
Malaikat Jibrail A.S mengumunkan,
telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain ,Bidayatul-Hidayah,
diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya ,suara nyalaan api yang sangat menggerunkan,
semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan mengahadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakin merangkak pada lututnya).Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah engkau kerjakan." (Al-Jasiyah :28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka,
mereka mendengar kegemaran api neraka dengan nyalaan apinya & diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu ,akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan :
"Diriku ,diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata ,"Umatku ,umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
PAda masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-ganang,
umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalangnya dengan berkata :
"Wahai api ! Demi hak orang-orang yang solat ,demi hak orang-orang yang ahli sedekah ,demi hak orang-orang yang khusyuk ,demi  orang-orang yang berpuasa ,supaya engkau kembali"

Walaupun dikata demikian ,api neraka itu tetap tidak mahu kembali ,lalu malaikat Jibrail berkata :
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

 Kemudian Jibrail membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya .Berkata Jibrail A.S:
"Wahai Rasulullah ,ambillah air ini & siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu ,maka padamlah api itu .Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibrail A.S :
"Wahai Jibrail ,apakah air itu ?"

Maka Jibrail berkata :
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takutkan Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :

"Ya Allah ,anugerahkanlah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu,
sebelum tidak ditemunya air mata.

I want to die with my forehead on the ground
The sunnah in my heart
Allah on on my mind
Quran on my tongue & tears in my eyes
Aamiin Ya Rabb

>> Nukilan diatas telah saya ambil dari seseorang yang mempunyai blog seperti saya . Terima kasih kepada Izyan Al-Munawwarah .Ini URL blog dia > http://allahseeker.blogspot.com/