// Behing the blog have song ♥
Nurul Shafika


I WOULD LOVE IF YOU FOLLOW ME ♥

Back to entry
Meet the owner
Memory Of Life


Family Love




Credits

Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® Facebook Twitter 2012.


Older Posts → | ← Newer Posts
PAPA (akhirnya kau tewas jua!)
Wednesday 23 November 2011 , 09:45 , 0 Comment[s]

Assalamualaikum ,
Sunggul betul wajah seorang perempuan yang bergelar anak apabila mendapat tahu ayah yang dikasihi nya selama ini memutuskan untuk berkahwin satu lagi dengan satu alasan yang baginya langsung tidak boleh diterima oleh hati kecil nya yang semakin pudar harapannya menanti sesuatu keajaiban .Hanya satu saja alasan yang dikemukakan oleh seorang papa "Sebenarnya Julia harus faham tentang kedudukan papa sekarang ni .Papa hanya nak cari kawan untuk membincangkan hal-hal semasa dan akan datang .Sejak mama Julia koma ,papa sikit pun tak pernah cuai daripada menjaganya hingga ke hari ini .Papa perlukan seseorang untuk menggerakkan papa daripada tidur dan menyuruh papa mengerjakan solat Subuh ,papa perlukan seseorang untuk berkongsi cerita .Mama Julia dah tak dapat melakukan itu semua ,malah bilik tidur kami pun begitu asing" Mudah nya bagi seorang lelaki yang bergelar ayah dengan lembut berkata demikian .Cinta dan kasih sayang yang mendalam antara mama dan papa ,seolah-olah sukar diranapkan oleh apa jua rintangan sekalipun .Namun tuntutan naluri dah kehidupan ini adakalanya menguji kesetiaan .

Kemunculan Aisyah sebagai ibu tiri memberi impak yang sangat besar .Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan mama apabila tersedar daripada koma dan mendapati bahawa suami yang disanjungnya siang dan malam telah pun mencari pengganti dirinya .Dan akhirnya mama sedar dan mendapati bahawa papa telah pun berkahwin satu lagi .Ditatapnya wajah Julia lalu mengalirlah air mata nya .Tiba-tiba dada nya bergoncang laju .Mama menatap Julia dengan pandangan kosong dan ada satu suara yang mengarahkan supaya Julia membantu mama mengucap .Dan akhirnya mama menghembuskan nafasnya tatkala selepas melihat perubahan dalam keluarganya .Kebahagiaan yang tercipta sekian lama hancur begitu sahaja apabila seorang ibu melakukan pengorbanan dengan hanya ingin melahirkan seorang zuriat yang amat diharapkan oleh suami nya dan bayi itu meninggal sewaktu dalam perut lagi .Namun kebahagiaan tidak akan terhenti setakat itu dan semestinya dugaan tak kan berakhir tanpa penamatnya .

>> Lalu berderailah air mata yang aku tahan sewaktu membaca Novel ini . Tajuk nya ada kat atas tu .Ni novel form 4 .Sengaja aku baca memandangkan abang aku beli buku ini untuk diganti dengan buku yang hilang .Sebab aku tahu nanti bila aku naik tingkatan 4 buku akan  jadi baru dan mungkin ada cerita lain menanti .Baca lah Novel ni menarik sangat .Penuh dengan suka dan duka sebuah keluarga :) Assalamualaikum .