// Behing the blog have song ♥
Nurul Shafika


I WOULD LOVE IF YOU FOLLOW ME ♥

Back to entry
Meet the owner
Memory Of Life


Family Love




Credits

Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® Facebook Twitter 2012.


Older Posts → | ← Newer Posts
17 .7 .2012 -Maafkan saya cikgu-
Tuesday 17 July 2012 , 00:32 , 0 Comment[s]

Assalamualaikum .Adakah anda gembira pada hari ini ? Aku sepatutnya gembira pada tarikh ni tapi ia bertukar menjadi kesedihan yang mungkin sukar aku nak lupakan .Ya Allah ,bagaimana nak hapuskan apa yang dah berlaku ? Bagaimana cara nak undurkan masa ? Sedihnya .

Pagi tadi happy macam biasa ,suddenly lepas rehat rasa sesak dekat dada ni .Susah betul rasanya nak tarik nafas .Aku cuba gak perlahan .Cikgu pun masuk kelas dan mengajar seperti biasa .Aku tengok apa yang cikgu ajar tapi aku susah nak fahamkan sebab aku tengah tahan sakit .How can aku nk belajar dengan tenang kalau nafas pun tersekat ?

Then ,cikgu sembang dengan zul .Aku pun letakkan kepala atas meja .Terasa pedih dekat dada ni .Cikgu pun bagi latihan suruh buat kat depan .Kebetulan cikgu lalu depan meja aku ,aku pun tanya lah .Suruh cikgu terangkan semula .Kawan aku cakap tadi aku tido .Cikgu pun kata cikgu tk mau terangkan .Suruh kawan terangkan .Yang tu aku tk kisah sangat tapi sedih bila cikgu percaya yang aku tido dalam kelas .Aku takut cikgu terasa hati dengan aku .

Dengan nafas yang tersekat tu aku letakkan semula kepala aku kat atas meja dan pahamkan nota yang cikgu bagi .Tanpa aku minta ,air mata mula keguguran .Basah habis buku latihan aku tapi aku tutup agar tiada yang perasan .Aku urut dada aku yang makin sesak rasanya .Air mata aku menderaskan lagi arusnya .Perjalanan air mata tampak begitu lancar .Ya Allah ,perlu ke aku menangis sekarang ? Aku dah tak boleh tahan sakit dekat dada ,makin susah nak bernafas .

Cikgu pergi dekat aku then kata aku merajuk .Kalau lah aku boleh bagi tau yang sebenarnya aku tak merajuk cuma dada aku ni sakit sangat .Masa cikgu pun dah habis ,cikgu kata cikgu pun nk merajuk .Ya Allah ,apa aku dah buat ni ? Kalau cikgu tk nak mengajar nanti macam mana ? Cikgu pun keluar .Aku bingkas bangun dan mengejar cikgu .Sampai je ,aku terus minta maaf dekat cikgu .Ya Allah ,rasa bersalah sangat .Aku tk hiraukan sakit yang menyesakkan aku ,aku terus minta maaf .Apa yang buat aku rasa serba salah bila cikgu minta maaf balik .Ya Allah ,cikgu tak salah .Sikit pun tk salah ,aku yang salah .Aku tk patut buat macam tu .

Walaupun sakit ,aku seharusnya beri tumpuan .Yang membimbangkan takut ilmu yang cikgu ajar tak berkat .Trial dah nk dekat ,esok aku nk jumpa cikgu dan memohon maaf sekali lagi .Moga moga cikgu mahu memaafkan aku .Balik sekolah tadi aku ceritakan dekat mama .Teresak esak aku menceritakan .Aku juga bagi tahu mama yang aku sakit dada .Kalau anda mahu tahu ,waktu aku menulis blog ini ,masih terasa keperitan di dada .Titisan air mata tidak mahu berhenti .Mengapa ?

Tolong doa kan semoga cikgu mahu memaafkan aku .Aku rasa berdosa sangat .Cikgu ,maafkan saya .Maafkan saya .Assalamulaikum .