// Behing the blog have song ♥
Nurul Shafika


I WOULD LOVE IF YOU FOLLOW ME ♥

Back to entry
Meet the owner
Memory Of Life


Family Love




Credits

Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® Facebook Twitter 2012.


Older Posts → | ← Newer Posts
Don't Judge book by it's cover
Sunday 14 October 2012 , 03:33 , 0 Comment[s]
Assalamualaikum w.b.t. Fakta ini dipetik dari http://allahseeker.blogspot.com/ Bukan lah semata untuk mengata tapi sebagai kesedaran. Islam itu mudah :)


Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan.
Sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan & wajah, tidak jarang (tipis) & tidak menampakkan bentuk tubuh.

“Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang 

melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..

Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat 

yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN 

NERAKA..

Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga 

TUDUNGKU labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG 

rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..”

Allah SWT berfirman :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.”
(An Nuur : 31)

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firman-Nya :
“Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu.”
(Al Ahzab: 59)

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan-perempuan yang lain. Dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian & akhlaknya, pasti akan menghormati & menyeganinya.


“Don’t judge book by its cover..”
Tetapi jika hendak diaplikasikan didalam agama Islam, perlulah dinilai sedalam-dalamnya telebih dahulu.
Ramai diantara kita yang sering beranggapan;

“Hati kami baik walaupun kami tidak menutup aurat..”
“Orang yang solat, belum tentu baik..”
“Orang yang berpuasa belum tentu solat..”
“Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh, belum tentu baiknya..”

TETAPI

Adakah hati itu baik & sihat jika melanggar perintah Allah dengan tidak menutup aurat?
Orang yang solat belum tentu baik? Tetapi ketahuilah bahawa orang yang baik tentu akan solat..
Orang yang puasa belum tentu solat? Tetapi sedarlah bahawa orang yang solat tentu berpuasa..
Wanita yang bertudung litup, berbaju labuh belum tentu baiknya? Tetapi sudah tentu wanita yang baik & solehah akan menutup auratnya untuk mengelakkan diri dari menjadi anak panah syaitan yang berbahaya..


"You're what you're saying

You're what you're doing.

So, please behave & be yourself because sometimes they need 

to judge you from your appearance.."


“Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat & menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga & tidak akan mencium baunya..”
Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.)