// Behing the blog have song ♥
Nurul Shafika


I WOULD LOVE IF YOU FOLLOW ME ♥

Back to entry
Meet the owner
Memory Of Life


Family Love




Credits

Template is made by PiKevin.
The basscode is taking from Ainabillah Shafie. Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® Facebook Twitter 2012.


Older Posts → | ← Newer Posts
Stay Strong
Saturday 13 October 2012 , 09:43 , 0 Comment[s]
Assalamualaikum w.b.t.

 

Apa khabar? Semoga sihat kehendaknya. Alhamdulillah hari ni masih diberi peluang untuk berucap sepatah dua kata. Tangisan? Ada 2 maksud. Kegembiraan atau kesedihan. Kesedihan ni termasuklah dengan kecewa atau perkara yang mendorong kepada perasaan sedih atau hampa.

Air mata...dah kering sangat rasanya.Sebab apa? Sebab selalu membazirkannya kepada perkara yang tak sepatutnya. Sehinggakan hati yang terasa amatlah sedih menjadi terlalu derita. Sedih namun hendak menangis tiada lagi air mata. Yang ada cuma setitis dua. Itulah tandanya seseorang yang terlalu banyak menangis. Menangung rasa sedih,keecewa,marah dan macam macam...

Lalu bersimpuh diatas sejadah memohon kesabaran.Andai ini adalah hukuman atas perbuatan silam maka sediaku hadapi.Andai ini salah satu dugaanmu untuk menguji tahap keimananku maka aku memanjatkan doa agar aku dapat menguatkan imanku.

Biarlah dunia mencemuh.Biarlah semua menghina.Ini kerana mereka tidak tahu akan cerita sebenar bahkan mereka tkpernah mahu tahu. Kasihan.... Bagaimana caranya hendak menerangkan andai fikiran telah pun bercampur negative.Sedangkan hati tidak mahu memahami.Adakan pula telinga yang tidak mahu mendengar. Pasti penerangan itu membawa kepada sia sia.

Tapi bangunlah. Tegak kan lah kebenaran. Sekalipun orang tidak percaya,sekalipun orang permainkan kita tetaplah kau tabah dan berdiri kerana Allah sentiasa melihat. Dia jualah yang berhak menghukum. Janganlah mencari-Nya ketika dalam kesusahan....ingatilah Allah walaudalam apa cara sekalipun. Sesungguhnya kehidupan ini semakin singkat. Kita tiada upaya mengetahui bila ajal akan menjemput. Bertaubat selagi boleh.

Tujuan aku tulis begini adalah untuk menasihati diri aku. Bukanlah bertujuan menujukan nasihat kepada sesiapa. Kalau kita berfikiran positive terhadap orang lain,insya-Allah orang pun akan melakukan hal yang sama.Apa yang aku rasa sekarang,pasti kau anggap negative pasal diri aku.Walaupun aku berdoa semoga perkara itu tak terjadi. Naluri seorang wanita jarang sekali salah. Tapi aku berharap agar apa yang naluri aku rasa ni salah.

Kun faya kun...Akan ku cuba mencari dan menggapai redhamu,petunjuk mu dan ketenangan yang selama ini aku idamkan.Cukuplah untuk hari ini. Aku tulis macam ni untuk menasihatkan diri aku sekali gus menenagkan diri aku. Tak usah lah cuba menncari makna tersirat disebalik kata kata ini. Sesungguhnya,sesiapa pun tidak suka dipaksa atau terpaksa. Biarlah ia terus menjadi rahsia dan kekalkan ia sebagai rahsia...

                                                                                                                                   Assalamualaikum...